Tuesday, 19 April 2011

!! Islam Mengangkat Darjat Wanita !!

Beruntungnya menjadi wanita Islam!

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.   
   
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”
ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Monday, 18 April 2011

!! daH nAsiB !!

Assalamualaikum....


apalah nasib aku hari nie...
time main ping pong tadi slipper dah putus sebelah kiri, sekarang tepat jam 5.30 am sebelah lagi plak putus....
yang sebelah kiri tadi paksu @ca'own dah repairkan...
terima kasih, walaupun aku jalan berbunyi geseran besi dan jalan....
hahahaha...
yang sebelah lagi nie dah x reti nak repair, jalan menyenget lah aku...


wayar charger apik pokjen punya pasallah nie, terus aku tetiba pandai shuffle......
best gak shuffle nie....
k setakat nie jelah...
chow...

Sunday, 17 April 2011

!! miNyaK hAbiS !!

Assalamualaikum.....
Vrrrrooooommmm Vrrroooomm



best bawak mtor lelaju, kadang2 smpi terleka.....hee~...aku hari jumaat tadi iaitu tanggal 15 April 2011 balik ke rumah kat Parit Haji Tahir @ Parit 6.best dapat balik, bukan pa, mak dok tepon dok tanya anak bertuah yang dia sayang ni balik ka dak balik ka dak.time aku p panjat gunung brinchang ri tue mak aku tepon tanya balik ka dak, sekali mak aku lupa da kata aku tak balik minggu lepas, padahal aku dah habaq dah minggu sebelum tue.minggu sebelom tu aku janji nak balik, last2 kena jadi manager pasukan rugby MIMET la plak.sory mum.anakmu hendak pulang sebenarnya.aku balik jumaat tu dengan keadaan kelam kabut, byk urusan katanyer.gerak lebih kurang dalam pkul 6 suku macam tue sampai lebih kurang nak dekat pukul 8 macam tu lah.perghhh, best siot balik umah, aman jer.malam tuh huda mesej kata spark ajak gi makan kenduri (arwah) kat umah nenek spark kat teluk intan.aku macam kata nak fikir dulu sebab ye lah, baru dapat balik.last2 aku setuju.kalo dah setuju means aku kena balik lumut hari sabtulah coz dorang gerak pagi ahad tue.aku x g tawu my mother g malam tue, aku g tawu esoknya.(hehehehe)..mak aku kata, nak balik dah??halamak, memanglah aku sian nengok mak aku.tapi xper, aku janji nak baliklagi sekali time dia cuti.....:)

malam sabtu tue, aku kata kat tok aku, sedapkan tok kalo dapat makan ikan keli bakar, dah lama tak makan...pastu tok aku kata, kalo nak, esok belilah, pastu bakar....hehehehehe, memang aku sengih dah la...malam tue mimpi makan sedap2....:)



pagi sabtu my mother pergi market, aku pon cakaplah, mak beli ikan keli sekali. mak aku cakap, ok.....hehehe......dah mak aku balik, gi siang ikan keli tue, pastu buat sediakan bara tok bakar ikan tue...dah tau dah, kalo aku kata aku nak makan ikan keli bakar memang akulah yang kena bakar, seb bek adik aku si amy keja, kalo dak memang aku suh dia dah....hahaha......siap bakaq pa suma, lauk lain yang mak aku masak pon dah siap, terus makan beb....gila ah...superb, layan aku makan, 3 pinggan nasi aku lantak...atuk aku yang masak nasi tue, time aku nak kaut nasi, aku katalah, banyaknya masak nasi ri nie...tok aku kata, dah hang makan kencang, aku balas gelak ja...hahaha, tok aku perli ni, tapi tak pa, aku memang dah lama nak makan makanan mak aku masak........

dalam pukul 2 macam tue lah, aku nak online sat.aku gi la kat kfc Bagan Serai....aku beli plak set Zinger Burger....aku on9 sampai pukul 4 ptg je, nak balik lumut kan hari tu.....balik je umah tengok mak aku dah siap masak laksa, pergggghhhhh, my faveret..laksa mak aku adalah yang paling aku suka.ke2 daging masak black pepper...heee, pagi tadi dengar mak cakap nak masak hari ahad, aku nak balik punya pasal dia siapkan gak....hehehehe, memang sayang mak lebihlah...muah muah muah....luv u mum(x prnh pon ckp mcm nie dpan mak, hahahaha, sayang ttp sayang)........makan pulak laksa dua pinggan, mengancam...keje makan jer aku hari tue....gemok2.....



aku gerak nak balik lumut pukul 5.30 petanglah.aku kuar dari kampung relax lagi.pastu ada mamat 2 ekor bawak motor bagi hangat aku, aku bawak laju dia bawak laju, aku bawak slow dia pon slow...memang macam nak bengang dah....aku pecut pastu, sekali sampai depan sekolah S.A.B.A.R motor aku semput....alamak, minyak motor da, takkan habis kot.sekali memang habis, perghhh, stesen minyak dah la jauh. dah r mamat2 tadi kat belakang aku ja, cover punya pasai, aku buat2 nak kol orang...wakakaka.....tapi memang dok kol pon.....aku kol lah adik aku suh antar minyak.dia marah2 sikit kata macam mana bawak motor minyak nak habis pon tak tau, bawak lajulah tue.aku gelak ja....hahahaha, datang je lah, jangan banyak cakap.aku tak mau minyak kat kedai2 runcit tu, aku nak minyak kat stesen minyak punya, aku kata.adik aku balas kata, dah minyak habis pon banyak songeh....hehehe, terima kasih amy, aku kata.al-maklumlah, baru balik kerja, penat lagi dia tue...keja sampai dua, mana tak penat....

aku tunggu dia datang ada dalam nak dekat setengah jam...lama gaklah, dia sampai dia plak gelak kat aku, macam mana bawak motor hang ni kak ain, dia kata......last2 dia tolak aku sampai stesen minyak simpang 4.....dia merungut kata kaki lenguh, aku dok tengok dia kata terima kasih ja...hahaha, t aku belanja hang minum tau...dah sampai dia balik umah.........papahal pon, terima kasih adikku....heeeee~


that's all.....
2 be continued......^^,

Monday, 11 April 2011

Pada Muslimah2..Renung2kanlah.

~CUTE LA AWAK NI~

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.

Password : ******

~~~~~~~~

Welcome

Cursor di arah ke YouCam.

“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

Klik..klik..klik…

Save in…’aku cute’ folder.

Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…

“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”


email password

aku_cute@yehaa.combact ******

upload photo

create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

location : -

“da settle da upload..yes!”

Muhd Khairy likes your photo

Boboy commented on your photo

Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

“Giler banyak..hehe baru je letak kot”

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

Khairi : cun abis~

Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

1 message received

Opening……

Unknown :

“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

Logout

..........
(sekadar share...)
Logout

Merokok Hukumnya Haram

Wednesday, 6 April 2011

Soul Sister - Train


Saja gatai nak letak....(I>.<I)

Tuesday, 5 April 2011

~!! SiaN aFy !!~

Assalamualaikum.....


cerita nie tahun 2009 punya...

kokkokokkoo kokkokokkoo.....
bangun pagi2 dah mesej amoi @ nur aimi abdul rashid ajak nak jalan2 tak hari nie? aku nak gi cari barang nie, jom teman. aimi kata ok, tapi kena tanya parents dia dulu. around pukul 9 aimi mesej kata boleh. heeeeeeeee cantek sangatlah. aku pon janji ngan aimi pukul 10.30 a.m tapi macam besalah aimi, aku janji je tapi lewat. paham2lah kena amik hati orang2 kat rumah dulu kalau nak belalah (bhs banjar means kuar merayap-rayap ^^,). ada gak kengkadang aku lambat coz lpa pakai helmet. asal aku nak gi amik aimi ikut jalan parit 7 jer mesti lupa pakai helmet. adushhhh, kalo setakat lupa dekat tak pe gak, nie dah jauh. so sorry lah amoi. >.<

aku g amik aimi macam besa ari tuh, aku bawak dia dulu. sampai depan sekolah sabar aku tukaq suh dia bawak. mula2 dia tak mau, pastu kena paksa ngan aku dia pon bawakla.....hahahahahaha, sory mie. aimi pon bawaklah motor aku. sampai ja kat simpang nak masok taiping tue, skali ada polis da...mmg tak leyh nak patah balik dah. aimi dah gelabah, aku kat belakang dok bisik, buat relax buat relax, mintak polis tue tak tahan ja. aimi bawak ngan muka relax ja mcam x buat salah....sekali polis tahan da......hahahahaha


pakcik polis garang
pakcik polis baik












aku turun dari motor, polis tu mintak roadtax motor ngan lesen (of coz la kan)....aimi pon takut2 jer nak tunjuk lesen, tapi dia tunjuk gak la....sekali pakcik tue marah, apa nie??lesen L tapi bawak orang, sticker pon xder..diam aimi, tau takut...hahahaha...pastu aku gunakan kelebihan wajah menipu iaitu sakit @ kesian kata kat pakcik tue yang aku pening. sebab tue aku suh member bawak motor sat. polis tue dah nak marah dah, pastu dia pas keja2 meng'interview' kitorang kat member dia yg lagi sorg. member dia tanya2 pastu mintak lesen aku plak, aku bagi r. aku dah pas lama dah lesen motor. dia tengok okay. dia kata jangan buat dah pasni. pakcik polis yang nak marah kitorang tadi kata, "dah sakit duduklah kat rumah." pastu aku bawak motor gelak2 ngan aimi....hahahahahahahaha....gila ah, aku gelak besaq dok meleret sampai tesco....tu la hang amoi, orang suh buat lesen P cepat2 dok tangguh...kan dah kena...(padahal salah aku)

aku ngan aimi lepak la lelama sikit kat taiping sebab bajet taknak jumpa ngan polis tu dah la kan time balik.....lepas solat semua last2 si aimi ajak balik ikut jalan semanggol...okay fine, aku ikut jer....aku suh dia bawak motor lagi, tapi dia tak mau....hahahaha...siap cakap "aku tak mau bawak orang dah selagi aku ada lesen L je, biaqlah kawan2 nak kata apa pon"....hahahaha, lagi aku balas gelak.....

yang aku tak boleh blah tue, time aku bawak afy, sampai kat atas jambatan tu leyh plak tayar pancit....hadoyaiiiii, gelak lagi aku.."apalah nasib kita hari nie mie", aku kata.....tayar aku pancit sebab aimi la, berat sangat...heeeeeeee (jangan marah).....nak pi cari kedai motor, aku pon tanya la kat uncle yang tengah buat apa ntah (lupa dah aku), dia kata adik kena jalan lagi satu batu baru ada....perrrgggghhhhhhhhhhhh, dekatnye...aku gelak lagi la jawabnya......dok gelak ngan aimi mengenagkan nasib kami sepanjang jalan sampai parents aimi call, tapi sebab tak nak risaukan dorg aku suh aimi cakap dah nak sampai tempat repair...huhuhuhu

siap jer motor aku kena repair, pa lagi, pecut balik umah la...seyes penat siot. sampai umah patutnya awal jadi pukul 6.....padan muka kami...huhuhu....kenangan afy, aku ngan aimi...sian afy...

that's all for today, thank you.

to be continued..........
 
Copyright © 2010 aFy pEraK. All rights reserved.