At 3 yrs "Mommy, I love you".
At 10 yrs "Mom whatever."
At 16 yrs "My Mom is so annoying."
At 18 yrs "I wanna leave this house."
At 25 yrs "Mom, you were right."
...At 30 yrs "I wanna go to Mom's house."
At 50 yrs "I don't wanna lose my Mom."
At 70 yrs "I would give up EVERYTHING for my Mom to be here with me."
You only have 1 Mom.
(Quote from friends)
Tuesday, 26 April 2011
Wednesday, 20 April 2011
!! Alasan Untuk Terus Melakukan Dosa !!
"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"
"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"
"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"
Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.
Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.
Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.
Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.
Inilah alasan-alasan kita.
Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?
Kita Yang Memilih Untuk Lemah
Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.
Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" - Surah Al-Mulk ayat 2.
Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.
Justeru apakah alasan tidak mampu?
Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.
Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?
Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.
Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.
Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?
Takdir Allahlah Yang Silap?
Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.
"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.
Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?
Kita.
Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.
Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.
"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.
Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"
Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.
Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"
"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"
Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.
Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.
Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?
Tiada siapa mengetahui.
Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?
Pengajaran Pembunuh 100 Orang
Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.
Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.
Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.
Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.
Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???
Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.
Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.
Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.
Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.
Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.
Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.
Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.
Lihatlah dia.
Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki
Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.
Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?
Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.
Perhatikan diri kita.
Yang bersalah hakikatnya adalah kita.
Kita yang memilih jalan kefasadan.
Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?
Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?
Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.
Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?..
penulis asal :
Hilal Asyraf adalah nama pena bagi Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Beliau merupakan salah seorang penulis muda yang telah menulis 8 buah buku dan novel seperti Remaja Mulia dan Terasing. Kini masih menuntut di University of Yarmouk, Irbid, Jordan dalam jurusan Usuluddin.
moga Allah s.w.t merahmati beliau..
Labels:
Public
Tuesday, 19 April 2011
!! Islam Mengangkat Darjat Wanita !!
Beruntungnya menjadi wanita Islam!
ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA
Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”
Baginda menjawab, “Ibumu!”
Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.
Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)
Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)
Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”
Labels:
Public
Monday, 18 April 2011
!! daH nAsiB !!
Assalamualaikum....
apalah nasib aku hari nie...
time main ping pong tadi slipper dah putus sebelah kiri, sekarang tepat jam 5.30 am sebelah lagi plak putus....
yang sebelah kiri tadi paksu @ca'own dah repairkan...
terima kasih, walaupun aku jalan berbunyi geseran besi dan jalan....
hahahaha...
yang sebelah lagi nie dah x reti nak repair, jalan menyenget lah aku...
wayar charger apik pokjen punya pasallah nie, terus aku tetiba pandai shuffle......
best gak shuffle nie....
k setakat nie jelah...
chow...
Labels:
tension
Sunday, 17 April 2011
!! miNyaK hAbiS !!
Assalamualaikum.....
Vrrrrooooommmm Vrrroooomm
best bawak mtor lelaju, kadang2 smpi terleka.....hee~...aku hari jumaat tadi iaitu tanggal 15 April 2011 balik ke rumah kat Parit Haji Tahir @ Parit 6.best dapat balik, bukan pa, mak dok tepon dok tanya anak bertuah yang dia sayang ni balik ka dak balik ka dak.time aku p panjat gunung brinchang ri tue mak aku tepon tanya balik ka dak, sekali mak aku lupa da kata aku tak balik minggu lepas, padahal aku dah habaq dah minggu sebelum tue.minggu sebelom tu aku janji nak balik, last2 kena jadi manager pasukan rugby MIMET la plak.sory mum.anakmu hendak pulang sebenarnya.aku balik jumaat tu dengan keadaan kelam kabut, byk urusan katanyer.gerak lebih kurang dalam pkul 6 suku macam tue sampai lebih kurang nak dekat pukul 8 macam tu lah.perghhh, best siot balik umah, aman jer.malam tuh huda mesej kata spark ajak gi makan kenduri (arwah) kat umah nenek spark kat teluk intan.aku macam kata nak fikir dulu sebab ye lah, baru dapat balik.last2 aku setuju.kalo dah setuju means aku kena balik lumut hari sabtulah coz dorang gerak pagi ahad tue.aku x g tawu my mother g malam tue, aku g tawu esoknya.(hehehehe)..mak aku kata, nak balik dah??halamak, memanglah aku sian nengok mak aku.tapi xper, aku janji nak baliklagi sekali time dia cuti.....:)
malam sabtu tue, aku kata kat tok aku, sedapkan tok kalo dapat makan ikan keli bakar, dah lama tak makan...pastu tok aku kata, kalo nak, esok belilah, pastu bakar....hehehehehe, memang aku sengih dah la...malam tue mimpi makan sedap2....:)
pagi sabtu my mother pergi market, aku pon cakaplah, mak beli ikan keli sekali. mak aku cakap, ok.....hehehe......dah mak aku balik, gi siang ikan keli tue, pastu buat sediakan bara tok bakar ikan tue...dah tau dah, kalo aku kata aku nak makan ikan keli bakar memang akulah yang kena bakar, seb bek adik aku si amy keja, kalo dak memang aku suh dia dah....hahaha......siap bakaq pa suma, lauk lain yang mak aku masak pon dah siap, terus makan beb....gila ah...superb, layan aku makan, 3 pinggan nasi aku lantak...atuk aku yang masak nasi tue, time aku nak kaut nasi, aku katalah, banyaknya masak nasi ri nie...tok aku kata, dah hang makan kencang, aku balas gelak ja...hahaha, tok aku perli ni, tapi tak pa, aku memang dah lama nak makan makanan mak aku masak........
dalam pukul 2 macam tue lah, aku nak online sat.aku gi la kat kfc Bagan Serai....aku beli plak set Zinger Burger....aku on9 sampai pukul 4 ptg je, nak balik lumut kan hari tu.....balik je umah tengok mak aku dah siap masak laksa, pergggghhhhh, my faveret..laksa mak aku adalah yang paling aku suka.ke2 daging masak black pepper...heee, pagi tadi dengar mak cakap nak masak hari ahad, aku nak balik punya pasal dia siapkan gak....hehehehe, memang sayang mak lebihlah...muah muah muah....luv u mum(x prnh pon ckp mcm nie dpan mak, hahahaha, sayang ttp sayang)........makan pulak laksa dua pinggan, mengancam...keje makan jer aku hari tue....gemok2.....
aku gerak nak balik lumut pukul 5.30 petanglah.aku kuar dari kampung relax lagi.pastu ada mamat 2 ekor bawak motor bagi hangat aku, aku bawak laju dia bawak laju, aku bawak slow dia pon slow...memang macam nak bengang dah....aku pecut pastu, sekali sampai depan sekolah S.A.B.A.R motor aku semput....alamak, minyak motor da, takkan habis kot.sekali memang habis, perghhh, stesen minyak dah la jauh. dah r mamat2 tadi kat belakang aku ja, cover punya pasai, aku buat2 nak kol orang...wakakaka.....tapi memang dok kol pon.....aku kol lah adik aku suh antar minyak.dia marah2 sikit kata macam mana bawak motor minyak nak habis pon tak tau, bawak lajulah tue.aku gelak ja....hahahaha, datang je lah, jangan banyak cakap.aku tak mau minyak kat kedai2 runcit tu, aku nak minyak kat stesen minyak punya, aku kata.adik aku balas kata, dah minyak habis pon banyak songeh....hehehe, terima kasih amy, aku kata.al-maklumlah, baru balik kerja, penat lagi dia tue...keja sampai dua, mana tak penat....
aku tunggu dia datang ada dalam nak dekat setengah jam...lama gaklah, dia sampai dia plak gelak kat aku, macam mana bawak motor hang ni kak ain, dia kata......last2 dia tolak aku sampai stesen minyak simpang 4.....dia merungut kata kaki lenguh, aku dok tengok dia kata terima kasih ja...hahaha, t aku belanja hang minum tau...dah sampai dia balik umah.........papahal pon, terima kasih adikku....heeeee~
that's all.....
2 be continued......^^,
Labels:
freestyle freedom
Monday, 11 April 2011
Pada Muslimah2..Renung2kanlah.
~CUTE LA AWAK NI~
Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.
Password : ******
~~~~~~~~
Cursor di arah ke YouCam.
“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”
Klik..klik..klik…
Save in…’aku cute’ folder.
Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…
“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”
email password
aku_cute@yehaa.combact ******
upload photo
create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~
“da settle da upload..yes!”
Muhd Khairy likes your photo
Boboy commented on your photo
Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.
“Giler banyak..hehe baru je letak kot”
Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!
Khairi : cun abis~
Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~
Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…
1 message received
Opening……
Unknown :
“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”
Logout
..........
(sekadar share...)
Logout
Labels:
Public
Wednesday, 6 April 2011
Tuesday, 5 April 2011
~!! SiaN aFy !!~
Assalamualaikum.....
cerita nie tahun 2009 punya...
cerita nie tahun 2009 punya...
kokkokokkoo kokkokokkoo.....
bangun pagi2 dah mesej amoi @ nur aimi abdul rashid ajak nak jalan2 tak hari nie? aku nak gi cari barang nie, jom teman. aimi kata ok, tapi kena tanya parents dia dulu. around pukul 9 aimi mesej kata boleh. heeeeeeeee cantek sangatlah. aku pon janji ngan aimi pukul 10.30 a.m tapi macam besalah aimi, aku janji je tapi lewat. paham2lah kena amik hati orang2 kat rumah dulu kalau nak belalah (bhs banjar means kuar merayap-rayap ^^,). ada gak kengkadang aku lambat coz lpa pakai helmet. asal aku nak gi amik aimi ikut jalan parit 7 jer mesti lupa pakai helmet. adushhhh, kalo setakat lupa dekat tak pe gak, nie dah jauh. so sorry lah amoi. >.<
aku g amik aimi macam besa ari tuh, aku bawak dia dulu. sampai depan sekolah sabar aku tukaq suh dia bawak. mula2 dia tak mau, pastu kena paksa ngan aku dia pon bawakla.....hahahahahaha, sory mie. aimi pon bawaklah motor aku. sampai ja kat simpang nak masok taiping tue, skali ada polis da...mmg tak leyh nak patah balik dah. aimi dah gelabah, aku kat belakang dok bisik, buat relax buat relax, mintak polis tue tak tahan ja. aimi bawak ngan muka relax ja mcam x buat salah....sekali polis tahan da......hahahahaha
pakcik polis garang |
pakcik polis baik |
aku turun dari motor, polis tu mintak roadtax motor ngan lesen (of coz la kan)....aimi pon takut2 jer nak tunjuk lesen, tapi dia tunjuk gak la....sekali pakcik tue marah, apa nie??lesen L tapi bawak orang, sticker pon xder..diam aimi, tau takut...hahahaha...pastu aku gunakan kelebihan wajah menipu iaitu sakit @ kesian kata kat pakcik tue yang aku pening. sebab tue aku suh member bawak motor sat. polis tue dah nak marah dah, pastu dia pas keja2 meng'interview' kitorang kat member dia yg lagi sorg. member dia tanya2 pastu mintak lesen aku plak, aku bagi r. aku dah pas lama dah lesen motor. dia tengok okay. dia kata jangan buat dah pasni. pakcik polis yang nak marah kitorang tadi kata, "dah sakit duduklah kat rumah." pastu aku bawak motor gelak2 ngan aimi....hahahahahahahaha....gila ah, aku gelak besaq dok meleret sampai tesco....tu la hang amoi, orang suh buat lesen P cepat2 dok tangguh...kan dah kena...(padahal salah aku)
aku ngan aimi lepak la lelama sikit kat taiping sebab bajet taknak jumpa ngan polis tu dah la kan time balik.....lepas solat semua last2 si aimi ajak balik ikut jalan semanggol...okay fine, aku ikut jer....aku suh dia bawak motor lagi, tapi dia tak mau....hahahaha...siap cakap "aku tak mau bawak orang dah selagi aku ada lesen L je, biaqlah kawan2 nak kata apa pon"....hahahaha, lagi aku balas gelak.....
yang aku tak boleh blah tue, time aku bawak afy, sampai kat atas jambatan tu leyh plak tayar pancit....hadoyaiiiii, gelak lagi aku.."apalah nasib kita hari nie mie", aku kata.....tayar aku pancit sebab aimi la, berat sangat...heeeeeeee (jangan marah).....nak pi cari kedai motor, aku pon tanya la kat uncle yang tengah buat apa ntah (lupa dah aku), dia kata adik kena jalan lagi satu batu baru ada....perrrgggghhhhhhhhhhhh, dekatnye...aku gelak lagi la jawabnya......dok gelak ngan aimi mengenagkan nasib kami sepanjang jalan sampai parents aimi call, tapi sebab tak nak risaukan dorg aku suh aimi cakap dah nak sampai tempat repair...huhuhuhu
siap jer motor aku kena repair, pa lagi, pecut balik umah la...seyes penat siot. sampai umah patutnya awal jadi pukul 6.....padan muka kami...huhuhu....kenangan afy, aku ngan aimi...sian afy...
that's all for today, thank you.
to be continued..........
Labels:
love afy
!! mAtA !!
Zzzzzzz kroih kroih.... |
kringggggggg kringggggggg kringgg |
owh dah pagi.nak kena pergi kerja nie.tengok jam, alamak dah pukul 8.33 pagi. :(
sedihnya aku, dah la minggu last nie, ingat tak nak ponteng.dah terponteng, maaf yer..hehehe
aku : nape la mata aku tak terbukak pukul 6.30 pagi tadi?? :( selalu ok jer..
mata : macam mana aku nak bukak, ko dah pakai aku terlebih had.
aku : alah, maaflah mata nanti aku gantilah balik masa2 berharga kau tu. kenapa kau tak tolong aku pagi tadi?
mata : sebab aku dah penatlah, aku kisah apa ko banyak keja ke tak. yang penting aku penat.
aku : amboi marah sungguh nie. takpelah mata, benda dah jadi tak boleh patah balik.maaf guna kau lebih had.pasni aku akan ikut kehendak kau.
( dalam hati : aku banyak kerjalah. mintak tolong tahan sikit pon tak leyh.huhuhu.:( )
clear eye |
salah sendiri nak marah mata lagikan.apa da aku nie.kira dah baiklah tu mata aku elok, tak buta.kalau buta lagilah tak boleh nampak apa2.terima kasih mata.kena jaga mata elok2 tau korang.mata nie salah satu pancaindera yang penting dalam hidup kita.hehehe.
tapi yang pasti mata aku kecik jer.tak nak terbukak besar2.kalau gelak lagilah, orang nampak macam dah tertutup terus, padahal mana ada.aku nampak lagilah.suka mainkan mata aku.special edition kot mata aku neyh..tapi ada kelebihan mata aku macam nie.selalu kalau aku kerja time cuti pastu aku nak cuti, aku buat la mata sakit aku.hahahaha, muka dah macam orang kena demam teruk, check suhu normal jer.hahaha, pernanh la sekali aku buat kat doktor tue, dia tak check dah suhu aku apa dia terus bagi cuti sebab tengok muka aku macam orang sakit gila.hahahaha, maaf doc...tak kisahlah mata aku macam mana pun, aku tetap sayang mata aku.....(^^,)
comelnyer mata die!! jeles2...fufufufu |
Labels:
freestyle freedom
Monday, 4 April 2011
!! Pusing Kepala Pusing !!
Skunk ni tengah lepak dlam bilik huda.....seyes kepala aku pusing...huda plak macam mana???aku tau huda pon kepala pusing gak same macam aku......hadoyaiiiiiiii, caner nie huda?????keja ko berlambak, keje aku pon sama.....huhuhuhu.......
pekja : huda, jom kita wat gila.
huda : tak mau, aku malam nie nak overnite, nak kena siapkan ship design, maxsurf, fyp...banyak lagi ah.
pekja : aku plak nak kena trace lines plan, report intra pon tak tawu nk buat aper?
the conclusion is, tak jadi ape la huda kita nie..........
Labels:
tension
~!! aFy !!~
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum....
blurp blurp blurp
saya faezah saya faezah
ader orang tak kat sane??
faezah memanggil faezah memanggil
saper ader kat saner???lantaklah ader orang ke tak..haha
aku nak cerita sikit pasal afy yg sangat aku sayang, aku cinta, aku kasihi, aku rindu, aku caring dan macam2 lagilah.aku tatang afy nie dengan minyak yang penuh selalu, takkan keringlah minyak.(hehehehehe)first time aku jumpa afy kalau tak silap aku time awal bulan satu macam tu la.aku nampak jer afy terus jatuh hati.gila ah.afy dah tambat hati aku nie sepenuhnya.setiap hari, masa, jam, minit, saat kalau boleh tak nak lepas pandang dari afy.sayang afy.dialah penawar segala duka aku.mula2 aku date ngan afy kat sekolah jer.mula2 je lah.pastu tetiap hari jalan2 kat kampung, hehehe.seminggu pastu aku bawak afy jalan2 kat bagan serai pulak.first time bawak afy jauh skit, skit je lah dari umah kan, hahahahaha, bestnyerrrrrrr.jalan2 ngan afy dulu2 tak pernah afy jalan laju.selalu mesti dia ikut peraturan jalan raya.nampak had 60km/j, afy pon 60km/j jer.nampak 90km/j afy pon 90km/j.hahahaha.ader ker bawak ikut had.habis kalo had sampi 120km/j dalam kampung, mau 120km/j gak la afy pergi.hahahahaha.
dah lelama sikit afy pon jalan2 ngan aku pergi taiping plak.wah sibuk skit yer kat taiping.fufufufufu, tapi best.
masok jer tahun 2008, afy setia menemaniku tidak kira ke mana aku pergi (skemanyer??). aku pergi keja kat kedai bunga, aku jalan2, macam2 lagilah.padahal aku keja jer pon hari2 katkedai bunga tue tanpa cuti.pekerja berdedikasi katakan.afy plak baik btol, dia tunggu aku dari jauh.aku pandang dia takot2 dia tinggalkan aku.sayang afy.sian gak la kat afy sebab kena tunggu lama.aku keja jap je, sampai bulan 5 ujung2 macam tulah aku masok form 6 kat sabar.dapat course ekonomi, pergh, tak minat beb.g pon memang aku nk tukar environment, tak mau masok S.A.B.A.R balik.ada le sebab2nya.3 hari je pon masok form 6, pastu aku blah masok MIMET plak (kih kih kih).bermulalah perjalanan aku ngan afy ke manjung.aku ajak afy datang ke mimet 2 minggu lepas minggu silaturrahim (msr).sebab aku bengang orang tak nak tolong aku, aku ajak afy datang.afy pon setuju ikut aku balik mimet.seronok tak teringga.hmmm, memula aku bawak afy, aku follow dak2 kelas aku, bdak2 utara.time tu baru nak kenal2 ngan budak2 kelas...hahahaha
masok jer tahun 2008, afy setia menemaniku tidak kira ke mana aku pergi (skemanyer??). aku pergi keja kat kedai bunga, aku jalan2, macam2 lagilah.padahal aku keja jer pon hari2 katkedai bunga tue tanpa cuti.pekerja berdedikasi katakan.afy plak baik btol, dia tunggu aku dari jauh.aku pandang dia takot2 dia tinggalkan aku.sayang afy.sian gak la kat afy sebab kena tunggu lama.aku keja jap je, sampai bulan 5 ujung2 macam tulah aku masok form 6 kat sabar.dapat course ekonomi, pergh, tak minat beb.g pon memang aku nk tukar environment, tak mau masok S.A.B.A.R balik.ada le sebab2nya.3 hari je pon masok form 6, pastu aku blah masok MIMET plak (kih kih kih).bermulalah perjalanan aku ngan afy ke manjung.aku ajak afy datang ke mimet 2 minggu lepas minggu silaturrahim (msr).sebab aku bengang orang tak nak tolong aku, aku ajak afy datang.afy pon setuju ikut aku balik mimet.seronok tak teringga.hmmm, memula aku bawak afy, aku follow dak2 kelas aku, bdak2 utara.time tu baru nak kenal2 ngan budak2 kelas...hahahaha
aku konvoi bawak afy ngan apai (kepala), kapten, abu, amzar ngan waji.mekasih kengkawan.mula2 tue aku x pernah lagi jalan dari taiping ke mimet sorg diri, sampailah sehari tue apai sebagai ketua tinggal aku.motor tak elok katenye.tak nak sampai malam.sekali dia sampai gak malam.aku bbalik sorg2, sampai mimet pkul 8 lebih la.takot, tapi time tue org nk blik umah lepas raya so, takder la jalan kosong.kay la tu.lepas aku dah blik sorg2, aku pon dah tak berapa kisah dah blik sorang2.cuma macam sunyi sikit @ bosan sikit lah.ehhhhhh, nie kisah afy lah.naper masok dak2 utara plak?syuh2 nyah kamu semua.hahahaha.
dipendekkan cerita, aku dan afy sekarang dah semakin laju.kami bukan rempit, kami cuma laju ja.tapi orang selalu salah tafsir.jangan pandang orang yang bawak laju tue terus kata dia rempit.bukanlah, dia cuma suka bawak laju jer.hehehe.afylah peneman hidup aku kat mimet.walau macam manapun saya sayang afy.muah muah muah.
me with my love...fufufufufu...love u....
to be continued......
Labels:
love afy
Subscribe to:
Posts (Atom)